Home Minister, Datuk Seri Hamzah Zainudin speaks to the media after the 215th Police Day celebration at the Police Training Centre (PULAPOL) in Kuala Lumpur. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 25 MARCH 2022
Home Minister, Datuk Seri Hamzah Zainudin speaks to the media after the 215th Police Day celebration at the Police Training Centre (PULAPOL) in Kuala Lumpur. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 25 MARCH 2022. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin bercakap kepada media selepas Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-215 Tahun 2022 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 25 MAC 2022.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Hamzah Zainudin meluahkan rasa terkilan dengan tindakan  Ahli Parlimen kerajaan yang keluar Dewan Rakyat ketika proses undi berbelah bahagi untuk pindaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah KhasM 2012 (SOSMA) dilakukan.

Menteri Dalam Negeri itu berkata, Ahli-ahli Parlimen terbabit berada di dalam Dewan Rakyat semasa Rang Undang-Undang berkaitan dibahaskan.

“Sebilangan daripada mereka (Ahli Parlimen) sudah ada dalam dewan saya boleh menamakan mereka, dan mereka terus keluar dari Dewan Rakyat ketika proses undi berbelah bahagi, itu tidak adil.

“Alasannya mereka tidak suka lihat wajah saya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sambutan Hari Polis Ke-215 di Pusat Latihan Polis (Pulapol), hari ini.

Hamzah berkata, pihaknya akan menggunakan segala peruntukan undang-undang yang ada bagi memastikan SOSMA dilaksanakan.

“Jadi apa caranya? apa saya fikir mengikut perundangan yang termaktub, saya akan gunakan segala perundangan itu, dan insya-Allah kita akan pastikan supaya SOSMA akan terus berkuatkuasa selepas Julai nanti,” ujar beliau.

Menurutnya, mereka yang menentang usul SOSMA tidak memikirkan kepentingan negara yang mana ia membabitkan isu keselamatan walaupun mengaku sayangkan negara.

“Kita hapuskan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960) dan ketika itu ada beberapa peristiwa banyak berlaku jenayah terancang, maka sebab itulah kita fikirkan instrumen (SOSMA) mustahak kena ada untuk bertindak.

“Akhirnya kita kompromi dengan tahanan 28 hari sahaja seseorang penjenayah membabitkan kes besar seperti keganasan, jenayah terancang dan sebagainya di bawah SOSMA dan apabila akta telah diluluskan, dan telah disambung pada 2017 semula ia akhirnya akan tamat pada Julai tahun ini,” ujarnya.

Hamzah berkata, selepas Julai ini, apa bila hendak melakukan tangkapan anggota sindiket jenayah, pihak berkuasa akan menggunakan Kanun Tatacara Jenayah (CPC).

Sementara itu, Hamzah memberitahu, beliau merancang untuk membentang semula SOSMA selepas kerajaan gagal meminda usul di Dewan Rakyat untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa SOSMA pada Rabu lalu.

“Saya sedang melihat bagaimana kita boleh membentangkannya semua,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.