TEHRAN – Sebuah helikopter dalam konvoi yang membawa presiden Iran dipercayai terhempas.
Setakat berita ini ditulis, masih belum dapat dipastikan sama ada Presiden Iran, Ebrahim Raisi berada di atas helikopter tersebut, yang didakwa sukar mendarat.
Gambar Ebrahim Raisi turun dari helikopter yang dikongsikan oleh IRNA.
Nahas dikatakan berlaku ketika Ebrahim dalam perjalanan pulang selepas merasmikan sebuah empangan di sempadan Iran dan Azerbaijan.
Ebrahim dan rakan sejawatannya dari Azerbaijan Ilham Aliyev merasmikan Empangan Qiz Qalasi yang dibina bersama oleh kedua-dua negara.
Pembinaan Empangan Qiz Qalasi bermula dua dekad lalu bagi meningkatkan rizab air di huluan berhampiran Empangan Khoda Afarin sebanyak dua bilion meter padu setahun melalui saluran dan rangkaian yang menuju ke dataran di wilayah Iran di Azarbaijan Timur dan Ardebil serta Azerbaijan.
Empangan Qiz Qalasi juga membantu meningkatkan pembangunan dalam sektor pelancongan dan pertanian sambil membuka jalan untuk penjanaan kuasa hidro dengan matlamatnya adalah untuk menghasilkan 270 GW/j elektrik setahun.
Menteri Dalam Negeri berkata. anggota penyelamat masih berusaha untuk sampai ke lokasi kerana keadaan cuaca yang sukar. – Agensi
Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali mengemukakan permohonan untuk memasukkan laporan polis yang dibuat oleh ibu Zayn Rayyan Abdul Matin, Ismanira Abdul Manaf dalam rayuan kesnya di Mahkamah Rayuan.