endemic transition phase Covid-19
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 20,923 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan semalam yang menjadikan jumlah kumulatifnya mencecah 4,087,996 kes.

Jangkitan baharu itu membabitkan 20,695 penularan tempatan dan 228 kes import.

Bagaimanapun angka harian kes sembuh kekal mengatasi jangkitan baharu apabila seramai 25,467 lagi pesakit  dilaporkan sembuh yang membawa jumlah keseluruhan individu sudah pulih meningkat kepada 3,844,766 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, negeri mencatat angka harian tertinggi semalam ialah Selangor dengan 10,790 kes yang juga melebihi separuh daripada jumlah jangkitan baharu seluruh negara.

Ia diikuti Kuala Lumpur dengan 1,855 kes, Perak (1,185), Pulau Pinang (1,145) dan Negeri Sembilan (1,304).

“Secara keseluruhan, terdapat 242,487 kes Covid-19 yang masih aktif setakat ini

“Daripada jumlah itu, sebanyak 97.2 peratus atau 235,596 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah, dan 5,430 (2.2 peratus) dirawat di hospital,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr. Noor Hisham menambah, seramai 1,159 pesakit Covid-19 sedang menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC); Unit Rawatan Rapi (ICU) (104) dan ICU serta memerlukan alat bantuan pernafasan (198). – MalaysiaGazette