Butternang by Ansshellbox dibuka bagi memenuhi selera penggemar makanan laut premium pada harga mampu milik.

KUALA LUMPUR – Berita gembira buat peminat makanan laut premium di ibu kota kerana mereka kini tidak perlu risau dengan harga yang mahal. Ini kerana  semua menu tersebut boleh dinikmati pada harga berpatutan di D’Tebing, Dataran Merdeka.

Dikenali Butternang By Ansshellbox, restoran milik anak syarikat Ansshellbox Sdn.Bhd. (Anshellbox) baru dibuka dan semakin menjadi tumpuan kerana harga menu ditawarkan mengikut bajet pelanggan selain waktu yang pantas untuk menu disiapkan.

Pemilik restoran yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Ansshellbox, Noraisyah Maaras berkata, Butternang by Ansshellbox dibuka bagi memenuhi selera penggemar makanan laut premium yang sinonim dengan golongan ala bangsawan namun harga yang ditawarkan mampu milik.

Jelas beliau, kebiasaannya menu makanan laut premium dijual mencecah ratus malah ribuan ringgit dan tidak mampu dinikmati bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai.

“Sebelum ini, kalau sebut menu makanan laut, hanya golongan T20 sahaja yang mampu makan. Justeru kita cipta sesuatu identiti baharu yang menyasarkan pasaran golongan kebanyakan dan rakyat biasa.

“Apatah lagi di restoran Butternang By Ansshellbox terdapat menu yang  ringkas di dalam kotak tanpa memerlukan masa yang lama untuk menyiapkannya bagi menjimatkan masa pelanggan,” katanya.

Menu makanan laut bermula dengan harga serendah RM10.

Noraisyah menambah, pelanggan juga mempunyai pilihan untuk makan di mana-mana kerana mereka boleh menempah menu di aplikasi Grab Food.

Kata beliau, ini kerana pihaknya ingin menjadikan Butternang by Ansshellbox adalah peneraju restoran berasaskan makanan laut premium pertama dengan menyediakan makanan dengan cara yang lebih cepat dan mudah dibawa ke mana-mana.

“Selalunya, makanan laut ini mengambil masa yang lama untuk disediakan. Jadi kami mahu menjadi restoran yang pertama di Asia yang dapat menyediakan makanan dengan pantas dalam masa 10 minit sahaja.

“Dataran Merdeka adalah cawangan yang pertama dan kita turut merancang untuk membuka lagi lima cawangan termasuk satu cawangan dalam pasaraya juga di ibu kota, selain Johor Bahru dan Melaka,” katanya.

Noraisyah Maaras (kiri) peneraju restoran berasaskan makanan laut yang pertama dengan menyediakan makanan dengan cara yang lebih cepat.

Ditanya perbezaan harga menu dengan pesaingan yang lain, Noraisyah memberitahu, ia bermula dengan hanya serendah RM10 dan tidak melebihi RM100.

“Dengan hanya RM10, seorang pelanggan dapat menikmati menu asas manakala menu premium sekitar RM79 bagi antara tiga dan empat orang.

“Kami memilih nama Ansshellbox kerana satu-satunya jenama makanan laut yang dibungkus dalam kotak untuk seorang makan. Kebiasaanya, menu makanan laut perlu dibeli untuk bahagian yang banyak,” katanya yang memberitahu terdapat enam perasa yang ditawarkan antaranya spicy kam heong, classic sweet spicy, salted butter creamy, hot cajun, rosemary dan spicy sour plum.

Sementara itu, menu yang menjadi pilihan ramai di Annshellbox by Butternang adalah chicken butter.

Kepada penggemar makanan laut ini, anda boleh kunjungi cawangan terbaharu di D’Tebing yang terletak di Dataran Merdeka Kuala Lumpur atau layari laman Instagram: @butternangmy. – MalaysiaGazette

menu yang menjadi pilihan ramai di Annshellbox by Butternang adalah chicken butter.