Kawalan keselamatan di sempadan diseluruh negara dipertingkatkan menjelang pembukaan semula Jumaat ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mempertingkatkan persediaan dan pemantauan dalam usaha menjamin keselamatan rakyat serta negara.