ACP Noor Dellhan Yahaya

KUALA LUMPUR – Polis memburu suspek yang dipercayai mengasari seorang individu di padang bola, Kelab Sultan Sulaiman, di sini menerusi klip video yang tular.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya terkesan dengan klip video berdurasi 2 minit 28 saat mengenai insiden tersebut pada jam 8.30 pagi ini.

“Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Dang Wangi telah menjalankan pengesanan ke atas individu yang terlibat sebaik sahaja klip video tersebut tular dan siasatan akan dijalankan berkenaan kejadian tersebut,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut Noor Dellhan, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Ispektor Afrizal Aizat Bin Md Ariff yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah di talian 012-7883138, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26002222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau balai polis berhampiran. – MalaysiaGazette