Seorang bekas kerani firma guaman didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 138 pertuduhan membabitkan pecah amanah lebih RM100,000 sejak 2012 hingga 2015.
Gambar hiasan

KUCHING – Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun awal bulan ini.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Ling Kok Liang, 51, dan Wendy Chai Xue Zhen, 36, sebaik pertuduhan membunuh Eric Chang Wei Jie dibacakan di hadapan Majistret Zaiton Anuar kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Tertuduh didakwa menyebabkan kematian kepada Eric di No 1493, Lorong 2, Taman Riverview, Jalan Daya, Bintawa, Kuching di sini antara pukul 5 petang 4 Mac hingga 9.15 pagi pada 8 Mac.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Majistret kemudian menetapkan 9 Mei depanĀ untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini, Eric telah dilaporkan hilang dari sebuah rumah di kawasan perumahan Bintawa, di sini, pada 7 Mac lepas.

Pada 13 Mac lepas, polis telah mengklasifikasikan kes kehilangan Eric sebagai kes bunuh melibatkanĀ dua suspek iaitu pasangan penjaga yang telah ditahan.

Operasi pencarian Eric di sekitar perairan sungai Muara Tebas di sini juga telah dihentikan pada 19 Mac lalu akibat beberapa kekangan antaranya faktor bentuk muka bumi, ancaman binatang buas, cuaca dan keadaan air pasang surut.

— BERNAMA