Datuk Seri Dr. R. Santhara Kumar (dua dari kiri) bersama Pengarah Tourism Johor Suhairi Hashim (kiri) menyampaikan cenderamata kepada pelancong dari Vietnam yang merupakan penerbangan antarabangsa pertama yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Kulai, Johor.

JOHOR BAHRU – Bilangan penerbangan antarabangsa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) dijangka meningkat berikutan pembukaan pembukaan semula sempadan negara bermula hari ini.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Dr R. Santhara berkata, kini hanya penerbangan dari Ho Chi Minh, Vietnam mendarat di lapangan terbang itu, setiap hari.

“Penerbangan dari Ho Chi Minh akan ditambah menjadi dua kali sehari manakala penerbangan dari Jakarta, Indonesia akan mula beroperasi. Harap ini adalah satu perkembangan yang positif,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyambut penerbangan antarabangsa pertama yang membawa 82 penumpang mendapat di LTAS, hari ini.

Hadir pada majlis Pengarah Tourism Johor, Suhairi Hashim.

Sementara itu, Suhairi berkata, usaha untuk menambah penerbangan antarabangsa ke LTAS berpandukan kepada perubahan dalam tempoh enam bulan pertama, bermula hari ini bagi membuat penilaian.

Ujarnya, sekiranya terdapat perkembangan positif, usaha itu akan dipercepatkan bagi menambah limpahan pengunjung antarabangsa ke negeri ini.

“Yang pastinya kita akan memastikan kemasukan pengembara asing ke negeri ini akan dipertingkatkan mungkin melibatkan penerbangan antarabangsa dari China dan Asia Barat,” katanya.

Suhairi berkata, pihaknya juga sudah menjalinkan kerjasama dengan Malindo Air menarik pelancong asing ke Johor. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast