Selepas pembukaan pintu sempadan negara mulai hari ini, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya berkata kira-kira 10,000 pengembara dari luar negara dijadualkan tiba pintu masuk udara negara, hari ini.
Menurut menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, jumlah itu adalah daripada 110 penerbangan yang akan sudah dan akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Klia2.