Perkhidmatan bas henti henti antara sempadan Malaysia Singapura dijangka beroperasi 1 Mei ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, ketika ini, hanya 24 bas digunakan bagi laluan perjalanan vaksinasi, VTL dan enam bas shuttle untuk merentas sempadan.

Ketika ini, satu perbincangan berhubung jumlah pengoperasian bas henti henti sedang dibuat dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat, APAD dan Land Transport Authority, LTA Singapura.

Keputusan itu katanya, dijangka diumumkan lagi dua minggu.