Kuantan murder money theft RM4 teenager 11 years old
A 16-year-old teenager was charged at the Magistrate Court today with causing the death of an 11-year-old boy last night, Remaja berusia 16 tahun dihadapkan di Mahkamah Majisttert atas dakwaan membunuh seorang kanak-kanak di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Seorang remaja dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan menyebabkan kematian pelajar berusia 11 tahun pada bulan lepas.

Remaja berusia 16 tahun itu didakwa menyebabkan kematian Muhammad Hafdan Mohd Qurbani Azhar di Surau An-Nadwah, Kompleks Asrama Cempaka Permata Camar, Jalan Pantai Sepat di sini antara pukul 3.45 dan 4.15 petang pada 20 Mac lepas.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fadhlin Hani Khairon manakala remaja terbabit diwakili peguam Datuk Mohd Najid Husain.

Sebelum ini, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut dipercayai selepas disepak, dicekik dan dihempas oleh seorang individu dalam kejadian yang didakwa melibatkan wang RM4.

Bagaimanapun, Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf dilaporkan berkata hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan hentakan di kepala.

Tertuduh kelihatan tenang ketika keluar dari kamar mahkamah dan ditemani ibu dan penjaganya kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Majistret Ainis Abu Hassan Shaari seterusnya menetapkan 1 Julai depan untuk sebutan semula kes.- MalaysiaGazette