Dmitry Peskov. Foto: Twitter

MOSCOW – Moscow mempunyai maklumat bahawa terdapat rangkaian makmal biologi ditubuhkan di sekeliling Rusia yang dikaitkan dengan pembangunan senjata biologi, kata jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov.

“Dalam rangka kerja sebuah program yang dibangunkan oleh Pentagon, keseluruhan rangkaian makmal biologi telah diwujudkan di sekeliling Rusia dan Belarus, yang tidak hanya berurusan dengan organisme yang menyebabkan penyakit, mikrob, virus yang berbahaya tetapi juga kerja-kerja projek untuk mencipta senjata biologi jenis baharu,” kara Peskov dalam temu bual dengan televisyen Belarus.

kini cuba mengalih perhatian daripada isu makmal biologi, namun tidak boleh lari daripada hakikatnya. Isu ini membimbangkan Rusia dan banyak negara,” kata beliau seperti dipetik agensi berita, Xinhua.

Semasa operasi ketenteraan khas Rusia di Ukraine, aktiviti biologi berbahaya Amerika Syarikat (AS) didedahkan Timbalan Pengerusi Duma (parlimen), Irina Yarovaya pada minggu ini.

Ahli Parlimen Rusia telah menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menyiasat makmal-makmal biologi di Ukraine yang dikuasai AS. – Agensi

(http://www.xinhuanet.com/english/20220403/b6f95f50ec1b486881c73fb45c1de22c/c.html)