tolls toll SPRINT highway concessionaires restructuring plan proposal
Suasana Lebuhraya Sprint. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah bersetuju untuk mengekal dan tidak menaikkan kadar tol bagi empat syarikat di sekitar Lembah Klang sehingga tamat konsesi.

Ia susulan persetujuan kerajaan dengan cadangan penstrukturan semula syarikat-syarikat konsesi lebuh raya berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, cadangan ini akan dapat menjimatkan bayaran pampasan dari 1 Januari 2022 sehingga tamat tempoh konsesi.

Empat syarikat konsesi itu ialah Kesas Sdn. Bhd. yang menguruskan Lebuhraya Shah Alam (KESAS); Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd yangmenguruskan Sistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART); Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd yang menguruskan Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT) dan Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd yang menguruskanLebuhrayaDamasara – Puchong (LDP).

Ismail SabriĀ  berkata, penjimatan bersih bagi pembayaran subsidi tol untuk keempat-empat lebuh raya tersebut dianggarkan sekurang-kurangnya RM4.3bilion.

”Ini merupakan usaha berterusan kerajaan untuk memastikan Keluarga Malaysia tidak terbeban khususnya dengan kenaikan kadar tol seperti mana yang ditetapkan dalam perjanjian konsesi.

”Penstrukturan dilaksanakan sejajar dengan prinsip serta objektif utama kerajaan iaitu untuk mengurangkan beban Keluarga Malaysia serta tidak melibatkan implikasi kewangan kepada kerajaan,” tambahnya.

Ismail Sabri menambah, perincian lanjut berhubung kelulusan kerajaan mengenai penstrukturansemula ini akan dimaklumkan Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof petang ini. – MalaysiaGazette