Jordan Mintah berkongsi pandangannya tentang Islam bersama guru dan pelajar tahfiz. Foto Facebook.

KUALA LUMPUR – Penyerang Terengganu FC II, Jordan Mintah mencuri perhatian netizen selepas berkongsi mengenai pandangannya tentang agama Islam di Facebook terutama apabila dia mengatakan bakal menjadi saudara baharu tidak lama lagi.

Menurut Mintah, dia sendiri menyukai agama suci ini dan mengakui kawan-kawan di tempat semasa dia membesar semuanya beragama Islam.

“Saya bukan Islam, tetapi semua kawan-kawan ditempat saya membesar semua beragama Islam, dan saya suka Islam.

“InsyaALLAH satu hari nanti saya akan menganut agama Islam,” katanya dalam satu perkongsian video Mintah bersama guru dan pelajar-pelajar tahfiz di grup Facebook, Terengganu FC.

Mintah mengakui dia bukan sesiapa tanpa ALLAH yang sentiasa bersamanya.

“Selagi kita ada ALLAH bersama-sama kita, dan mengikut ajaranNya, tentu akan mendapat kesenangan,” kataya.

Mintah menyertai Terengganu II pada 2020 sebelum menyertai Terengganu FC pada 2021 dan memutuskan untuk kekal bersama pasukan itu sehingga kini.

Pemain penyerang itu mempamerkan prestasi cemerlang menerusi jaringan yang dilakukan untuk membantu pasukan terutamanya dalam saingan TM Piala Malaysia.

Dia juga membawa tonggak yang membawa pasukan mara ke separuh akhir selain turut dinobatkan selaku Penjaring Terbanyak Liga Premier 2021. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast