KUALA LUMPUR –  Rapid KL menggunakan bas elektrik untuk perkhidmatannya di beberapa laluan terpilih sebagai percubaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Mohammad Yazurin Sallij berkata, percubaan ini selari dengan pelan transformasi Rapid Bus melalui Program Elektrifikasi Bas yang mana bas diesel sedia ada akan digantikan dengan bas elektrik secara berperingkat menjelang tahun 2030.

Katanya, percubaan yang berlangsung selama tiga bulan sehingga 13 Jun ini akan melibatkan empat buah bas elektrik.

“Inisiatif ini juga selaras dengan Ikrar Kenyataan Polisi Alam Sekitar Prasarana dan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) iaitu sasaran neutral karbon melalui pengurangan pelepasan karbon menjelang tahun 2050,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut Mohammad, dua laluan percubaan yang terlibat dengan penggunaan bas elektrik adalah Laluan 400: Damai Perdana ke Hab Lebuh Pudu melalui Bukit Bintang, dan Laluan 650: Taman Desa ke Hab Pasar Seni.

“Percubaan penggunaan bas elektrik ini adalah selari dengan pelan transformasi Rapid Bus melalui Program Elektrifikasi Bas yang mana bas diesel sedia ada akan digantikan dengan bas elektrik secara berperingkat menjelang tahun 2030,” katanya lagi.

Jelas beliau, Rapid Bus sudah mula menggunakan bas elektrik sejak tahun 2015 bagi koridor BRT Sunway dalam usaha mewujudkan persekitaran yang terkawal.

Katanya, sehingga kini sebanyak 15 buah bas elektrik telah digerakkan dengan jumlah perjalanan lebih dari 659,000 kilometer menggunakan kaedah “overnight charging” atau pengecasan semalaman.

Justeru, Mohammad menggalakkan penumpang atau penduduk di laluan yang terpilih untuk mencuba perkhidmatan bas elektrik seterusnya memberikan maklum balas tentang bagaimana perkhidmatan ini dapat dipertingkatkan lagi.

Katanya lagi, para penumpang boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai operasi perkhidmatan bas Rapid KL di laman media sosial serta aplikasi PULSE di telefon pintar anda.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast