BANGI – Bermula kelmarin, menu istimewa bertemakan Balik Kampung menanti pengunjung sekeluarga sepanjang Ramadan ini di Hotel Tenera di sini sehingga 30 April depan.
Pengurus besar hotel itu, Fadzly Hamzah berkata, hidangan warisan Melayu ini mampu menjadi tarikan ramai yang menggemari masakan tradisional dan sekaligus membuatkan mereka mengimbas kembali kenangan berbuka berpuasa di desa.
Pada masa sama, katanya, kesemua menu bufet yang disediakan mementingkan sajian yang sedap selain suasana selesa dan harga berpatutan buat pengunjung.
“Apa yang istimewa, para pengunjung boleh menikmati suasana iftar seperti di bazar Ramadan kerana terdapat 20 gerai makanan yang menyajikan juadah kegemaran ramai.
“Antaranya Rendang Ayam Utara, Daging Asam Kunyit, Siput Sedut Masak Lemak, Daging Tetel Gulai Rebung, Sambal Udang Petai Siseh, Sotong Goreng Percik, Udang Kelapa Parut, Ayam Ungkep, Ikan Talang Gulai Nenas dan lain-lain lagi.
“Bukan itu sahaja, hidangan lain yang pastinya tidak dilupakan adalah Kari Kepala Ikan Salmon, Kambing Kabsah Tenera, Lidah Bakar Mulut Senget, Ikan Bakar Besau-Besau Sumbat Kelapa Parut, Laksa Sarang Udang, Ulam-Ulam Sambal Gesek dan banyak lagi,” katanya pada sidang media semalam.
Fadzly menambah, menu hasil air tangan eksekutif cef yang berpengalaman, Cef Sahisal Azrul turut menyediakan Ayam Hot Peri-Peri ‘Yaribaaa’, Seafood Goreng ‘KAVA’, Pasta World, Seoul Seoul Hot Noodle, Gerai Roti Didi And Pren, Picolomondo Pizza, Yong Tau Foo dan Sup Gear Box Kampung Utara.
Ujar beliau, tidak dilupakan juga Ayam Percik Kelate, Ikan Pisang Asam Rebus Batang Keladi, Sate Tiga Cucuk Je, Goreng-Goreng Mak Tom, Abe Keropok, aneka mi goreng dan roti serta banyak lagi.
“Kepada peminat masakan Cina, hidangan istimewa Dim Sum Bunga yang disajikan bersama Sos Hoisin dan pedas.
“Tema Balik kampung kali ini juga turut menghidangkan aneka pencuci mulut seperti Cendol Sawit Tok Ram, Apam Balik Moden, Kuih Serabai, Tepung Pelita, Talam Keladi, Bubur Semanis Awak, Bakar Bijan, serta pelbagai jenis aiskrim,” katanya.
Fadzly memberitahu, walaupun menu mewah disediakan, namun harganya tetap bagi harga RM118 seorang dan RM59 bagi kanak-kanak.
Katanta lagi, istimewa Ramadan kali ini, Hotel Tenera turut mengeluarkan produk terbaharu iaitu pes masakanterdiri daripada Pes Sambal Tumis, Kerutuk, Gulai Kawah, Kari India dan Sambal Bilis.
“Semua pes ini digunakan dalam hidangan masakan Bufet Ramadan pada tahun ini. Sepanjang Ramadan ini, kami menawarkan harga istimewa potongan 10 peratus diskaun untuk setiap pembelian Pes Kombo yang harga asalnya RM35.
“Selain itu, Hotel Tenera juga menawarkan Pakej ‘Ramadan Stay And Dine’ di sepanjang Ramadan ini meliputi penginapan bilik berserta Bufet Ramadan dan sahur untuk 2 orang,” katanya.
Untukmaklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 03-89299600 atau whatsap 0193854796/019-3592796 atau layari facebook/Instagram : hoteltenerabangi. – MalaysiaGazette