Khairul Dzaimee Daud Sungai Bakap Temporary Immigration Depot in Penang Rohingya detainees riot escape
Khairul Dzaimee Daud

KUALA LUMPUR – Seramai 252,730 pengembara direkodkan masuk dan keluar di beberapa pintu-pintu masuk utama negara sehingga 4 April berikutan pembukaan semulan sempadan pada 1 April lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Mohd Daud berkata, daripada jumlah itu, warga negara yang memasuki malah adalah 126,392 orang dan  28,301 orang meninggalkan malaysia.

“Manakala 55,121 (ketibaan) dan 42,916 (berlepas) adalah pengembara warga asing.

“Lima negara yang merekodkan jumlah pelawat tertinggi ke Malaysia adalah Singapura (65,165), Thailand (7,841), Indonesia (5,173), India (2,477) dan United Kingdom (1,485),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan tambah beliau, pintu masuk negara yang mencatatkan jumlah pergerakan warga asing yang tertinggi adalah Bangunan Sultan Iskandar (BSI) merekodkan seramai 160,818 orang diikuti KLIA (38,407); Kompleks Sultan Abu Bakar (Link Kedua) (53,113); KLIA2 (11,712); dan Bukit Kayu Hitam (6,980).

Mereka meninggalkan dan memasuki negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2; Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Johor; Padang Besar, Perlis; Bukit Kayu Hitam, Kedah; Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah; Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan Pintu Masuk Sungai Tujoh, Sarawak.

Sementara itu, Khairul Dzaimee berkata, pengeluaran Pasport Malaysia Antarabangsa mencatatkan peningkatan mendadak selepas pembukaan semula sempadan negara.

“Bagi tempoh 1 hingga 4 April lalu, dalam tempoh empat hari terbabit sebanyak 12,923 naskah pasport telah dikeluarkan di semua Pejabat Imigresen seluruh negara dan angka berkenaan dijangka terus meningkat berikutan orang awam memanfaatkan pembukaan sempadan bagi tujuan melancong keluar negara dan mengerjakan ibadah umrah.

“Berdasarkan statistik di atas, terdapat peningkatan yang ketara berbanding sebelum sempadan negara dibuka.

“Pergerakan keluar masuk warga asing mencatatkan peningkatan sebanyak 76.4 peratus manakala pengeluaran pasport merekodkan peningkatan sebanyak 38.2 peratus berbanding tempoh yang sama pada bulan Mac 2022,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast