thunderstorm heavy rain MetMalaysia weather forecast thunderstorm heavy rain strong wind
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan daerah Sabak Bernam, Selangor hingga pukul 4 petang ini.

Menerusi Twitter agensi itu memaklumkan, keadaan sama dijangka berlaku di Perak iaitu di Manjung, Bangan Datuk dan Hilir Perak.

Manakala, Terengganu meliputi Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang; Johor (Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru), Sarawak (Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi)) serta Sabah (Pantai Barat dan Kudat).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast