Akid Ebit Lew poverty

KUALA LUMPUR – Kemiskinan dan cercaan yang diterima oleh seorang kanak-kanak lelaki yang terpaksa bekerja demi mendapatkan sedikit wang untuk membeli makanan mendapat perhatian pendakwah terkenal Ebit Lew.

Melalui perkongsian di TikTok, Ebit telah menaiki pesawat pergi ke Kelantan dan berjumpa dengan remaja bernama Akid pada hari ini.

“Adik Akid jangan menangis lagi ye. Hari ini kita bina rumah baru,” tulis kapsyen dalam video yang dikongsi di TikTok pendakwah tersebut.

Dalam klip video berdurasi satu minit itu remaja berkenaan kelihatan menangis sambil mendakap erat Ebit ketika pendakwah berkenaan melawatnya.

Ebit pula berusaha menenangkan Akid sambil mengusap rambut remaja terbabit yang kelihatan sayu. Pendakwah terbabit kelihatan berkata sesuatu seperti memujuk remaja tersebut untuk berhenti menangis.

Akid kemudian membawa Ebit ke rumahnya yang kelihatan benar-benar daif dengan sebahagian dinding rumahnya telah roboh dan tiada bumbung.

Keadaan rumah Akid – Foto FB Ebit Lew

Dalam video berkenaan, Ebit dilihat membeli barang di sebuah kedai hardware dan dia juga membelikan baju Akid.

FotoFB Ebit Lew

Melalui perkongsian di Facebook pula, Ebit berkata, dia tiba di Kota Baharu pada pukul 7.30 pagi tadi.

Beliau berjanji untuk membina rumah baharu untuk Akid dan keluarganya.

“Syukur kami akan bina rumah baru untuk Akid. Terus beli semua barang untuk buat rumah baru. Dua jam selesai beli dan bayar semua barang untuk buat rumah.

“Adik Akid kenapa menangis? Saya tak sangka ustaz datang rumah saya. Saya suka sangat dekat ustaz. Selalu tolong orang. Saya nak tolong orang macam ustaz.

“Saya orang biasa je adik. Adik orang baik. Allah sayang adik. Ramai orang ambil berat pasal adik. Semua orang sayang adik,” kata Ebit.

Foto FB Ebit Lew

Akid mengundang simpati masyarakat selepas sebuah badan bukan kerajaan MyFundAction berkongsi video penderitaan yang ditanggung oleh remaja tersebut yang tidak memahami kenapa dia dibenci hanya kerana bekerja untuk mendapatkan beberapa ringgit bagi membeli makanan.

Dalam video tersebut, Akid kelihatan menangis kerana cacian yang diterimanya hanya kerana dia bekerja termasuk mencuci tandas surau bagi memperoleh beberapa ringgit bagi membeli makanan untuk dirinya dan keluarga.

“Ma, abah tak mampu nak beli rumah besar. Kalau nak makan pun kena cari duit sendiri. Cuci, vacum dan cuci tandas surau.

“Kadang-kadang (dapat) RM6 macam tu lah. Akid beli bawang merah, beli tepung untuk buat makan.

“Ada orang kata kat kami lapar kedarah (meminta). Ambil duit orang. Akid tak ambil pun. Orang benci, tak tahu kenapa orang benci,” kata Akid dalam video berkenaan sambil menangis.-MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Orang benci sebab tuhan sayang. Perbezaan itu kena kita tahu supaya kita boleh sabar .

Comments are closed.