Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beramah mesra bersama Pegawai Tertinggi Kerajaan semasa hadir pada Majlis Berbuka Puasa YAB Perdana Menteri bersama Penjawat Awam di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 08 APRIL 2022.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan majlis berbuka puasa bersama penjawat awam di kediaman rasminya di Seri Perdana di sini malam ini.

Majlis yang dihadiri kira-kira 700 orang tetamu itu turut disertai 51 anak-anak yatim.

Antara penjawat awam yang hadir pada Majlis Berbuka Puasa YAB Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 08 APRIL 2022.

Antara yang hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali.

Turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah.

Selesai majlis berbuka puasa, Ismail Sabri turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat tarawih berjemaah. – MalaysiaGazette