mayat cheras
Polis meminta orang ramai menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.

KUALA LUMPUR – Polis meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan penemuan mayat seorang lelaki di dalam sebuah rumah flat di Taman Maluri, Cheras di sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Muhammad Idzam Jaafar berkata, mayat tersebut ditemukan sepasukan anggota polis dari Balai Polis Cheras yang bergegas ke kediaman tersebut selepas menerima laporan bau busuk di situ.

“Bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Cheras telah pergi ke tempat kejadian dan mendapati satu mayat lelaki warganegara terbaring di atas lantai.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) UKM, Cheras yang hadir di tempat kejadian,” katannya dalam kenyataan hari ini.

Mnurut Muhammad Idzam, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ditemukan.

Katanya, siasatan lanjut akan diteruskan bagi mengetahui punca kematian si mati.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian ini diminta menghubungi Ketua Polis Balai Cheras ASP Mohd Redzuan Md Darus di talian 03-92050301 samb 302, Hotline Polis Cheras 03-92845050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan. – MalaysiaGazette