Cadangan penubuhan bagi melahirkan golongan bumiputera yang pakar dalam bidang sains dan teknologi. - Gambar hiasan

MUAR – Seramai 30 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bakri, di sini disahkan positif Covid-19.

Exco Kesihatan dan Perpaduan, Lee Tian Soon berkata, 11 pelajar didapati positif ketika melakukan ujian RTK pada hari kelima setelah memulakan sesi kemasukan ke asrama 4 April lalu.

Ujian RTK pada hari pertama, ketiga dan kelima merupakan prosedur operasi standard  (SOP) MRSM.

Seramai 323 orang pelajar tingkatan dua, tiga, empat, dan lima telah mendaftar masuk ke MRSM Bakri baru-baru ini.

Kesemua mereka didapati tidak bergejala dan telah lengkap divaksinasi serta didapati negatif setelah melakukan saringan RTK antigen Covid-19.

Pelajar dan guru yang bergejala dipantau pihak sekolah sehingga tamat tempoh kuarantin.

Notis penutupan MRSM Muar bermula 9 April sehingga 15 April telah dikeluarkan bagi tujuan siasatan dan aktiviti kawalan.

Proses dekontaminasi di semua bangunan di MRSM juga telah dilakukan bagi mengawal penularan Covid-19 di MRSM berkenaan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast