Sebahagian "Mat Rempit" ditahan polis JSPT Johor dalam OPS Khas Samseng Jalanan malam tadi.

JOHOR BAHRU – Segelintir mat rempit tidak pernah serik walaupun beberapa kali terlibat dengan kemalangan dan diambil tindakan oleh pihak berkuatkuasa atas kesalahan yang sama apabila semalam pelbagai aksi berbahaya di atas jalan raya.

Susulan itu, sebanyak 515 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan antaranya
ubahsuai kenderaan tidak mengikut spesifikasi yang dibenarkan, tiada lesen memandu, tiada nombor pendaftaran dan lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh.

Saman itu dikeluarkan dalam operasi bersepadu di seluruh negeri Johor 2,756 individu dan 1,950 kenderaan telah diperiksa .

 

Hasil pemeriksaan, sebanyak 101 buah motorsikal dan 4 bush kereta telah disita di bawah Seksyen 64 AKta Pengangkutan Jalan APJ 1987.

Manakala sembilan individu ditahan mengikut Seksyen 42(1) APJ 1987 (melakukan aksi berbahaya), Seksyen 45A (1) APJ 1987 (memandu dalam keadaan mabuk), Sekyen 108 APJ 1987 (menggunakan nombor pendaftaran palsu dengan niat tertentu).

Kesemua yang ditahan berumur diantara 14 hingga 29 tahun.

“Jumlah pemeriksaan Individu seramai 2,756 orang dan 1950 buah kenderaan diperiksa dengan 1,006 buah adalah motosikal.105 buah kenderaan telah diambil tindakan sita di bawah Seksyen 64 APJ 1987 untuk siasatan dan tindakan lanjut hasil OPS Khas Samseng Jalanan (OSJ) yang dilakukan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor malam tadi,” katanya sambil menamabah operasi dilakukan hasil aduan orang ramai.

Bukan itu sahaja, PT Penguatkuasa JSPT Johor, Asisten Superintendan Mohd Zainudin Abu Bakar yang mengetuai operasi  malam tadi memberitahu, sebahagian mat rempat berbangga memuat naik aksi bahaya lumba haram, wheelie, dan superman mereka di media sosial seperti Tik Tok, Instagram dan lain-lain platform.

“Mat rempit ini sangat sinonim dengan aktiviti melepak, berkonvoi, mengubah suai motosikal dan berani melakukan aksi-aksi bahaya seperti lumba haram, wheelie, superman dan lain-lain aksi yang mana dengan jelas membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

“Kita dapati sebahagian golongan ini juga rasa bangga apabila berjaya melakukan aksi-aksi tersebut untuk memuat naik di media sosial seperti Tik Tok, Instagram dan lain-lain platform.

“Budaya ini sudah menjadi trend semasa dalam kalangan mereka. Mereka ini jika kita lihat tidak serik walaupun beberapa kali terlibat dengan kemalangan dan diambil tindakan oleh pihak berkuatkuasa atas kesalahan yang sama,” katanya selepas operasi selesai. MalaysiaGazette