MELAKA – Penyanyi dan pelakon Siti Nordiana Alias atau Nana, 37, akan mengeluarkan ‘single’ terbaharunya sentuhan Datuk M Nasir bulan depan.

Mengumumkan perkara itu malam tadi, Nana berkata, proses rakaman sedang dilakukan sebelum dijangka menemui peminatnya tidak lama lagi.

“Insya-Allah bulan depan Nana akan keluar dengan single terbaharu ciptaan M Nasir yang mana muziknya lebih kepada pop-pop Jawa, lebih kepada nusantara sikit.

“Selain itu, Nana juga akan kembali ke set lakonan yang mana terbaharu sudah selesai penggambaran drama dengan Alif Satar selain ada dua lagi drama sebagai watak utama yang akan dirakamkan tahun ini,” katanya.

Nana berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan persembahan tiga buah lagi di Melaka Grand Ramadan Bazaar @Jalan Hang Tuah di sini, malam tadi.

Ditanya mengenai persiapannya menyambut Aidilfitri tahun ini, penyanyi lagu Angkara ini berkata ianya dilakukan secara sederhana kerana mendapat banyak tajaan daripada pereka fesyen. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast