Thursday, April 25, 2024
Home Seni Hidup Anak David Beckham kahwin anak jutawan Yahudi

Anak David Beckham kahwin anak jutawan Yahudi

rooklyn dan Peltz dilaporkan mula bercinta pada Oktober 2019.
LONDON  – Anak sulung pasangan selebriti David dan Victoria Beckham, Brooklyn dan pelakon Nicola Peltz bergelar suami isteri dalam satu majlis perkahwinan penuh berprestij di Florida, Amerika Syarikat semalam, lapor The Sun.
Laporan itu berkata, majlis perkahwinan pasangan mempelai Brooklyn, 23, dan Peltz, 27, berlangsung di rumah agam milik keluarga Peltz di Palm Beach
Pasangan itu bertukar ikrar di hadapan seorang rabbi di bawah chuppah yang dihias bunga dalam upacara tradisional Yahudi sebagai penghormatan kepada warisan Yahudi Peltz.
Seiring dengan tradisi, Brooklyn kemudian memecahkan kaca yang dibalut dengan kain menggunakan tumitnya selepas dia dan pelakon filem The Last Airbender itu sah berkahwin.
Majlis penuh romantik itu turut diserikan dengan kehadiran selebriti terkenal termasuk Eva Longoria, Mel C, serta bintang tenis dunia, Serena Williams.
Sementara itu, Mail Online melaporkan pasangan diraja Britain, Putera William dan Kate Middleton tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan tersebut.
Bagaimanapun, Putera Harry dan isteri, Meghan Markle didakwa tidak dijemput bagi meraikan perkahwinan anak David dan Victoria itu.
Bintang muda Hollywood itu dilaporkan mula bercinta pada Oktober 2019 sebelum mengumumkan secara rasmi hubungan mereka pada Januari 2020.
Mereka mengikat tali pertunangan kurang dari setahun selepas menjalin percintaan.
Sebelum ini, Brooklyn dan Peltz, dilaporkan telah menandatangani perjanjian pra perkahiwn bernila tiga juta pound (RM16 juta) menjelang majlis perkahwinan mereka.

Mail Online melaporkan perjanjian itu dibuat untuk melindungi kekayaan Beckham yang dikatakan bernilai 380 juta pound (RM2.9 bilion). – MalaysiaGazette

https://www.thesun.co.uk/tvandshowbiz/18221029/brooklyn-beckham-nicola-peltz-wedding-day/