Jovian Mandagie.

KUALA LUMPUR – Pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie tampil menjelaskan perkara sebenar setelah dikecam ramai gara-gara kenyataan pelitup muka ‘hauk’,

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Jovian menganggap ramai yang salah faham dan menjelaskan apa yang dimaksudkannya adalah pelitup muka tiruan yang menggunakan jenamanya.

“Saya nak jelaskan sikit pasal pelitup muka “hauk” tempoh hari. Banyak yang salah faham, apa yang saya maksudkan itu ialah pelitup muka “Jovian Mask Tiruan” yang berleluasa di pasaran. Tak ada niat saya nak memperkecilkan mana-mana jenama pelitup muka lain di pasaran.

“Lebih dua tahun Jovian Mask tiruan berada di pasaran mengambil kesempatan guna design kami, monogram kami, gambar promosi kami, nama kami dan logo kami untuk kepentingan masing-masing sehingga menipu pengguna,” tulisnya.

Jovian berkata, istilah ‘hauk’ juga bertepatan untuk ditujukan kepada mereka yang mengeluarkan pelitup muka tiruan menggunakan nama produknya.

Jelasnya, dia tak ada berniat untuk mengguris hati dan perasaan mana-mana pihak, meskipun ada yang tersinggung dengan kenyataannya.

Sementara itu, berkenaan isu SIRIM yang menjadi perdebatan baru-baru ini, Jovian menegaskan, ia bukan permintaan dan mendapat keuntungan bagi pihaknya.

“FYI, once the law imposed it will incur most cost to us as sellers? Dari mana pulak saya akan untung lebih? And I can guarantee you all that my brand is not the first to have sirim stamp. Banyak brand di luar yang dah ada SIRIM stamp. Kita ni baru je nak apply,” jelasnya.

Pada masa sama, pereka fesyen itu menegaskan agar tiada mana-mana pihak yang mencaci maki serta memfitnah dirinya dan perniagaannya.

“Ramadan bulan suci ni, bukan saja puasa perut. Patutnya pertuturan pun patut dijaga. Tak perlu kut nak caci maki saya dan fitnah yang bukan-bukan tentang business saya.

“Jenama Jovian dah berada di pasaran 15 tahun, makin berkembang atas reputasi dan kualiti barangan kami. Bukan sebab-sebab lain,” ujarnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Pandangan ikhlas di bulan Ramadhan, sy beli berkotak2 fask mask JM ni. Memang banyak tali putus sebelum pakai pun. Harap tengokkan semula. Mungkin apa yang berlaku ialah petunjuk Allah supaya teliti semula pembuatannya.

Comments are closed.