Ismail Sabri Yaakob Aidilfitri aid financial assistance civil servants vaccination
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 yang diumumkan oleh kerajaan pada 5 April lalu untuk semua kakitangan awam dan pesara yang layak, termasuk mereka yang tidak mendapat dos imunisasi Covid-19 yang lengkap.

”Pengumuman awal oleh saya sebelum ini tidak pernah menyatakan sebarang
pengecualian bayaran kepada mana-mana penjawat awam mengikut status vaksinasi.

”Ini bagi memastikan bahawa tidak ada penjawat awam atau pesara yang layak
menerima bantuan ini daripada tercicir,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Sri Mohd Shafiq Abdullah supaya membatalkan Perkara 6 (VI) dalam pekeliling Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 bertarikh 8 April 2022.

Bagaimanapun perkara-perkara lain dalam pekeliling tersebut masih terpakai, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut menyeru seluruh Keluarga Malaysia untuk melengkapkan dos suntikan imunisasi Covid-19 demi kesejahteraan bersama.

Untuk rekod, kerajaan pada 5 April lalu mengumumkan pemberian RM500 kepada semua penjawat awam dengan gred 56 ke bawah.

Pemberian itu juga turut diberikan kepada kaki tangan di bawah skim Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP.

Kerajaan juga bersetuju untuk memberi bantuan khas sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan.

Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan April iaitu pada 25 April depan.

Bantuan khas tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM923 juta dan akan memanfaatkan lebih dua juta penjawat awam dan pesara – MalaysiaGazette