Warga emas yang dilaporkan hilang semasa keluar mencari daun palas di sebelah pagi hari ini berjaya ditemukan selamat jam 2.55 petang tadi oleh pasukan bomba dan PDRM serta penduduk Kampung di Sekinchan. Gambar Ihsan Bomba Selangor

KUALA LUMPUR – Warga emas yang keluar mencari daun palas disangkakan hilang telah mencetuskan panik dalam kalangan penduduk setempat.

Kejadian dilaporkan berlaku di Parit 9, Ban Canal, Sekinchan Selangor sekitar jam lebih kurang 9 pagi tadi.

Pengarah Bomba negeri Selangor Noor Azam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengadu kehilangan warga emas yang keluar mencari daun palasĀ  lebih kurang 9.24 pagi tadi.

Warga emas itu dikatakan mencari daun palas kira-kira 11 kilometer dari tempat tinggalnya.

Bertindak atas maklumat, jentera dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sekinchan telah digerakkan ke lokasi kejadian jam 9.25 pagi sebelum pasukan tiba ke tempat kejadian jam 9.38 pagi.

“Operasi pencarian mangsa bermula jam 9.39 pagi tadi dengan disertai lima anggota penyelamat bomba, tiga ekor anjing K9, sembilan anggota polis, lima anggota perhutanan dan juga 12 orang penduduk kampung Parit 9,” katanya dalam kenyataan di sini.

Bagaimanapun menurut Noor Azam, lelaki itu muncul sendiri ke Pos Kawalan Bomba pada jam 2.55 petang tadi.

Warga emas itu tidak mengalami sebarang kecederaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast