The Founder of Rumah Bonda, Siti Bainun Abd. Razali arrives at the court with her defence counsels for the abuse and negligence of PWD teenager, Bella’s trial. PIX: MUHD NA'IM / MalaysiaGazette / 13 APRIL 2022.
The Founder of Rumah Bonda, Siti Bainun Abd. Razali arrives at the court with her defence counsels for the abuse and negligence of PWD teenager, Bella’s trial. PIX: MUHD NA'IM / MalaysiaGazette / 13 APRIL 2022. Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Abd. Razali hadir ke mahkamah bagi kes pederaan dan pengabaian remaja OKU, Bella di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto MUHD NA'IM, 13 APRIL 2022.

KUALA LUMPUR – Pasukan pembelaan kes menganiaya dan mengabaikan seorang kanak-kanak perempuan sindrom Down dikenali Bella berpuas hati Hakim Izralizam Sanusi melawat lokasi kejadian di Kondo Irama wangsa hari ini.

Izralizam hadir ke kondo tersebut pada pukul 11.00 pagi bersama-sama bersama barisan peguambela, pendakwaraya dan saksi pendakwaan kelima (SP5) Yasmin Nahar Mahmood.

Turut hadir tertuduh, Siti Bainun Ahd Razali bersama rakan serumah dan seorang anak angkat tertuduh yang menetap di kediaman tersebut.

Nur Aminahtul Mardiah Md Nor

Ketua pembelaan Nur Aminahtul Mardiah Md Nor berkata pihaknya berpuas hati dengan sesi tersebut.

Menurutnya, pihak mahkamah kini dapat melihat dengan lebih jelas tempat kejadian dan meneliti kenyataan saksi pendakwaan kelima.

Ketika lawatan yang mengambil masa selama satu jam tersebut tiada sebarang demonstrasi dilakukan.

“Hakim telah meneliti lokasi-lokasi di mana kejadian di katakan berlaku termasuklah laundry room, bilik air, merasa air panas mandian di kedua-bilik air dan melawat kawasan pejabat pengurusan kondominium yang mempunyai kolam renang.

“Tiada demonstrasi dilakukan kecuali menempatkan tertuduh di dalam bilik laundry dan melihat barang-barang yang di sebut oleh saksi SP5 semasa memberikan keterangan,” katanya.

Kenderaan yang membawa Hakim Mahkamah Sesyen, Izralizam Sanusi serta semua pihak yang terlibat keluar selepas selesai melawat lokasi kejadian kes pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali ydi Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 13 APRIL 2022.

Pada prosiding minggu lalu, Nur A’minahtul Mardiah memohon pihak mahkamah untuk melawat lokasi kejadian.

Ini bagi mendapatkan gambaran sebenar rumah selain saiz bilik dobi kerana menurut Yasmin banyak kejadian dilakukan oleh tertuduh di bilik tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas bagaimanapun membantah permohonan peguam itu atas alasan kes sudah berada di peringkat perbicaraan dan bukan dalam siasatan.

Ia juga tidak akan memprejudiskan kedua-dua pihak maka adalah tidak wajar untuk mahkamah melawat tempat kejadian bagaimanapun hakim bersetuju dengan permohonan tersebut.

Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Abd. Razali hadir ke mahkamah bagi kes pederaan dan pengabaian remaja OKU, Bella di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 13 APRIL 2022.

Siti Bainun, 30 didakwa atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan OKU sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju, di Kuala Lumpur antara Februari dan Jun 2021.

Siti Bainun yang diwakili oleh lapan peguambela bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan kes kini sedang dibicarakan di Mahkamah Sesyen Jenayah 7 Kuala Lumpur.