Bella Siti Bainun Rumah Bonda Down Syndrome abuse neglect

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella nyata menyentuh hati isteri Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim, Che’ Puan Khaleeda Bustamam.

Dalam Instagram beliau, Che’ Puan Khaleeda berjanji akan mendapatkan keadilan buat Bella.

“Saya akan buat apa sahaja bagi mendapatkan keadilan buat Bella. Saya jelik dengan pengecut yang berfikir mereka boleh buat apa sahaja terhadap kanak-kanak tidak berupaya dan fikir mereka akan terlepas.

“Kamu boleh menyorok di sebaik barisan peguam kamu tetapi karma akhirnya akan datang kepada kamu di dunia dan akhirat.

“Awak pasti akan menjadi contoh pengeut di luar sana supaya tidak memikirkan untuk berbuat perkara sama di masa akan datang,” katanya di media sosial hari ini.

Semalam, media melaporan bahawa mahkamah diberitahu pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd. Razali telah mengarahkan saksi kelima kes remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella supaya menyapukan ubat pada luka di tubuh Bella.

Saksi terbabit, Yasmin Nahar Mahmood, 19, turut memberitahu mahkamah bawa ubat-ubat terbabit dibelikan sendiri oleh Siti Bainun.

Antara ubat yang digunakan pada Bella adalah pelembab aloe vera, ubat kuning, bio oil, penyembur luka, dermatix, cecair dettol, pembalut luka dan lain-lain.

Lebih menyayat hati apabila mahkamah turut diberitahu bahawa kejadian tertarik langsir sehingga besi penggantung langsir tercabut menjadi punca Siti Bainun mula ‘naik hantu’ dan bertindak memukul serta memarahi remaja perempuan sindrom down yang dikenali sebagai Bella. – MalaysiaGazette