PDRM
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kematian lelaki warga asing yang dipercayai dibunuh sebelum ditemui di tepi Jalan Sepang-Salak semalam dipercayai berpunca daripada cemburu.

Hasil siasatan terkini mendapati, kenalan mangsa memaklumkan pernah dimarahi bekas suami kepada teman wanitanya.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, siasatan yang dilakukan daripada kenalan mangsa mendapati lelaki 42 tahun itu juga mempunyai hubungan dengan wanita.

“Teman wanita si mati telah berkahwin dengan lelaki warga asing dan mempunyai tiga orang anak.

“Pada 2020 ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) suaminya telah balik ke negara asal lebih kurang setahun dan pada bulan Ogos 2021 suaminya kembali ke Malaysia.

“Bila suaminya kembali ke Malaysia beliau dapat tahu isterinya berkawan dengan si mati, suaminya telah marah dan menceraikan isterinya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Susulan daripada keterangan berkenaan tiga lelaki warga asing di tahan di sebuah rumah di Padang Jawa pada pukul 1 pagi tadi. dan Kesemua suspek masing-masing berumur 24,34 dan 50 tahun.

Wan Kamarul Azran berkata,  ketiga-tiga suspek tidak mengaku terlibat dengan pembunuhan berkenaan.

Untuk rekod, seorang lelaki ditemui mati dipercayai dibunuh dalam keadaan terbaring dengan luka pada perut serta tangannya berikat kabel wayar di tepi Jalan Sepang-Salak pada Jumaat lalu.

Mangsa ditemui berhampiran pondok pengawal di lokasi terbabit yang jauh dari penempatan dan dikelilingi kelapa sawit sebelum dimaklumkan kepada pihak polis.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast