Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Kerajaan dengan Pakatan Harapan (PH) masih terpakai selagi mana Parlimen tidak dibubarkan pada atau sebelum 31 Julai 2022.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, MoU itu hanya akan terbatal secara automatik pada tarikh tersebut atau tarikh akhir Parlimen, selewat-lewatnya pada 15 Julai 2023.