MGNews : Najib-Anwar Bersemuka 12 Mei Ini

Debat Perdana Antara Bekas Perdana Menteri, yang juga Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berlangsung pada Khamis, 12 Mei 2022, jam 9.00 malam bertempat di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Malaya.

Perkara itu dihebahkan Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil pada sidang media tengahari tadi.