Bella Siti Bainun Rumah Bonda Down Syndrome abuse neglect

KUALA LUMPUR – Anak muda perlu bangkit bersama menolak keganasan terhadap kanak-kanak terutamanya kes-kes keganasan yang berlaku terhadap adik Bella.

Ketua Penerangan Pemuda Bersatu (ARMADA) Selangor Mukriz Azhari berkata, keganasan yang berlaku terhadap adik Bella sama sekali tidak dapat diterima oleh setiap lapisan masyarakat.

Menurutnya, sekiranya pengasuh menghadapi permasalahan jiwa yang tidak dapat dikawal mereka disarankan untuk tidak terjun ke dalam bidang asuhan kanak-kanak.

Beliau mahu kes Bella harus mendapat pembelaan yang sewajarnya oleh pihak mahkamah agar setiap ketidaktelusan yang berkemungkinan berlaku tidak akan terjadi sama sekali.

“Keadilan yang setimpal harus ditekankan, kami sebagai rakyat percaya akan sistem kehakiman negara yang adil dan saksama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mukriz Azhari

“Kami pihak Penerangan Pemuda Bersatu (ARMADA) Selangor menyarankan lebih ramai lagi pihak yang tampil menuntut keadilan untuk adik Bella tanpa mengira latar belakang politik dan bersama memperjuangkan tekad serta amanah untuk melindungi rakyat agar penderitaan selama ini yang dihadapi adik Bella dapat dibela,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast