Status Instagram Ronaldo mengenai berita kematian bayi lelaki kembar tak seirasnya semasa dilahirkan yang telah membawa kesedihan kepada keluarganya.Sumber Instagram rasmi Ronaldo

LONDON – Bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo kedukaan menerusi akaun Instagram apabila salah seorang bayi lelaki kembar meninggal dunia ketika dilahirkan di sebuah hospital di London.

Dalam satu kenyataan ringkas, Ronaldo menyifatkan pemergian anak kembar tidak seiras itu sebagai penderitaan yang terpaksa diharungi beliau dan isteri, Georgina Rodriguez sebagai ibu bapa.

“Hanya kelahiran anak perempuan memberi kami kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini dengan sedikit harapan dan kebahagiaan.

“Saya ingin berterima kasih kepada para doktor dan jururawat untuk segala penjagaan kepakaran dan sokongan mereka.

“Kami sememangnya meratapi kehilangan ini dan memerlukan privasi pada saat yang penuh sukar ini,” katanya.

Berita yang dikongsikan oleh Ronaldo telah mendapat komen takziah dan kata-kata semangat daripada seramai 435,656 orang yang mengikuti akaun Instagram miliknya setakat ini.- MalaysiaGazette