Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid (tengah) melakukan gimik Pelancaran Program Jualan Malaysia '' Jom Shop Raya @ Jalan Tuanku Abdul Rahman'' di Jalan TAR, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 19 APRIL 2022.

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah meramalkan kenaikan harga komoditi seperti gandum sejak tercetus perang antara Ukraine dan Rusia.

Malah untuk makluman antara pengeksport utama gandum ke negara ini adalah Ukraine, Rusia dan Amerika Syarikat (AS).

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, berikutan itu terdapat pengilang gandum yang memohon harga gandum dinaikkan .

Namun kata beliau, pihaknya masih lagi menjalankan kajian tentang kenaikan itu yang mengambil kira pelbagai aspek.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid bercakap pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Program Jualan Malaysia ” Jom Shop Raya @ Jalan Tuanku Abdul Rahman” di Jalan TAR, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 19 APRIL 2022.

“Untuk makluman, memang kita sudah ramal kerana pengeksport dari luar adalah seperti Amerika Syarikat (AS), Ukraine, Rusia. Kita tahu negara Rusia dan Ukraine sedang ada krisis ketika ini. Para pengilang gandum juga ada mohon untuk kenaikan harga baru-baru ini.

“Yang dikatakan naik sekarang ini adalah jenis gandum yang tiada subsidi, yang ada subsidi belum naik lagi. Yang mohon untuk kenaikan harga juga dalam kalangan yang ada subsidi kerajaan. Kita sedang kaji dan lihat jika perlu kerajaan untuk berbelanja lebih untuk menahan dari terus harganya naik.

“Kita masih sedang fikirkan cara terbaik bagi memastikan rakyat tidak terbeban pada masa ini,” katanya selepas majlis pelancaran Program Jualan Malaysia Jom Shop [email protected], di sini, hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika ditanya mengenai aduan pengguna terhadap peningkatan harga tepung gandum kepada RM3.80 sekilogram berbanding RM2.80 sekilogram di beberapa lokasi.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid (dua kiri) beramah mesra dengan pengunjung yang membeli belah pada Majlis Pelancaran Program Jualan Malaysia ” Jom Shop Raya @ Jalan Tuanku Abdul Rahman” di Jalan TAR, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 19 APRIL 2022.

“Setakat ini, Jumaat lalu ada mesyuarat antara KPDHEP, MAFI (Kementerian Pertanian dan Industri Makanan), MOF (Kementerian Kewangan), Sumber Manusia dan Koperasi bincang, MAFI jamin pengguna tidak perlu bimbang barangan di pasaran InsyaAllah mencukupi. Jangan bimbang,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast