Dua suspek ditahan bersama pelbagai mercun di dalam kenderaan.

JOHOR BAHRU – Polis Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan empat individu dan merampas pelbagai jenis mercun bernilai lebih RM500,000 dalam dua serbuan berasingan yang dijalankan di sekitar Muar, semalam.

Pegawai Pemerintahnya, Superintenden Dimin Awang berkata, mereka yang ditahan tiga warga tempatan dan seorang Indonesia berusia 27 hingga 41 tahun.

Kesemua mereka ditahan di lokasi berasingan iaitu di Kempas dan Muar Taman Pertama Indah, Sungai Abong, Muar pada pukul 11 pagi.

Antara yang dirampas termasuklah mercun happy boom, thunder clap, mercun bola, crazy robot, happy boom tikus , mercun pop pop dan pelbagai lagi.

Turut dirampas dua buah lori, masing-masing sebuah di Kempas dan sebuah lagi di Muar.

Katanya, tangkapan dan rampasan mercun ini berjaya memutuskan pembekalan mercun di sekitar Kempas dan Muar khususnya menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.-MalaysiaGazette