KUALA LUMPUR – Kreativiti personaliti media sosial Mohamad Sofian Abdullah atau Sofyank sekali lagi mendapat perhatian bintang Hollywood apabila berkongsi suntingan videonya di Twitter.

Jika sebelum ini kreativiti Sofian menarik perhatian Will Smith namun kali ini suntingan videonya yang hebat berlatarkan drama sains fiksyen The Adam Project telah dikongsi oleh Ryan.

Ryan yang memainkan peranan utama dalam drama itu teruja dengan video berdurasi kurang satu minit yang dihasilkan Sofian.

Dalam video itu, Ryan telah memberikan tugasan kepada Sofian.

“Sofian saya ada tugasan untuk kamu dalam The Adam Project, kamu perlu kembali ke masa silam dan mencari saya yang berusia 12 tahun. Ok?”

“Ok sir,” jawab Sofian.

Antara suntingan video yang dihasilkan Sofian

Video berkenaan diterbitkan berdasarkan temubual Sofian selama empat minit dengan Ryan.

Melalui Twitternya, Ryan berkata, kualiti video hebat yang  dihasilkan Sofian tidak setara dengan temubual selama empat minit bersamanya.

“Saya rasa ini telah menetapkan piawaian yang tidak adil untuk temuduga tergesa-gesa selama 4 minit,” puji Ryan sambil berkongsi video yang telah dihasilkan Sofian di Twitter.

Sofian ketika menemuramah Ryan

Sementara itu pengikut Ryan yang terkenal dengan watak Captain America itu telah meminta selebriti tersebut membawa Sofian ke Hollywood.

Menurut mereka, bakat Sofian dalam bidang suntingan tidak seharusnya dipersia-siakan.

“Nampak hebat. Kamu telah melakukan kerja yang baik. Saya suka bahan sebegini, sungguh mengagumkan kerana ia mengambil masa berbulan-bulan untuk mengedit tetapi apabila anda mempunyai orang yang berbakat, semuanya akan menjadi lebih baik daripada yang dijangkakan!” komen Rachel Johnson-Liphart.

“Budak tu memang genius,” kata Json Momoa.

“Ini luar biasa! Buat bulu roma saya merinding @sofyank96,” komen Heather LaneMcCants.

“Bawa dia ke dalam industri Hollywood yang pakar dalam VFX!” pinta Abudi Alsagoff.

Sofian bertemu Will di acara tayangan istimewa filem Gemini Man di Budapest pada 2019.

Pada 2019 tindakan Will memuat naik semula video yang disunting oleh Sofian di akaun Instagram miliknya menerima pelbagai reaksi pengikut.

Rata-rata pengikut meluahkan rasa teruja dan turut berbangga apabila hasil seni anak Malaysia disedari oleh pelakon berasal dari Amerika Syarikat itu.

“Tahniah anak Malaysia… bangga dengan pencapaian Sofyank dan dia seorang pakar editing yang hebat.

“Wei Sofyank, Will Smith dah repost video kamu. Hebatlah! Power betul… bangga dengan awak,” komen netizen di akaun Instagram Will.-MalaysiaGazette