Khairul Dzaimee Daud Sungai Bakap Temporary Immigration Depot in Penang Rohingya detainees riot escape
Khairul Dzaimee Daud

KUALA LUMPUR – Gerakan mencari dan menangkap 528 tahanan etnik Rohingya yang lari dari Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap, Pulau Pinang awal pagi ini, sedang giat dijalankan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, gerakan itu dilakukan dengan kerjasama polis, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan bantuan orang ramai.

Kata beliau, sehingga jam 10 pagi ini seramai 362 orang tahanan berjaya ditangkap semula, manakala gerakan mencari baki tahanan yang lain sedang diteruskan.

“Seramai 528 orang tahanan etnik Rohingya telah melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap, Pulau Pinang kira-kira jam 4.30 pagi tadi.

“Mereka melarikan diri setelah memecahkan pintu blok dan jeriji.

“Pegawai bertugas telah mengaktifkan SOP dengan menghubungi polis dan agensi berkaitan bagi mendapatkan bantuan,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Dalam kejadian itu, mereka dikatakan merusuh sebelum melepaskan diri dari depot tahanan tersebut.

Khairul Dzaimee meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan tahanan yang lari itusupaya memaklumkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia atau polis. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast