Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain Penang Police investigation Rohingya detainees Sungai Bakap Relau Immigration Depot detention centre escape
Mohd Shuhaily Mohd Zain

KUALA LUMPUR – Seramai enam tahanan Rohingya yang melarikan diri dari Pusat Tahanan Relau, Bandar Baru Kedah awal pagi tadi maut dalam nahas jalan raya.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, mereka terlibat dalam kemalangan semasa melintas di Kilometer 165 Lebuh Raya Utara Selatan.

Kemalangan itu berlaku pada jam 6.50 pagi.

Mereka yang maut itu terdiri daripada dua lelaki dewasa dan dua wanita dewasa dan masing-masing seorang kanak-kanak perempuan dan lelaki.

Dalam sidang medianya, beliau berkata, kemalangan itu telah membantutkan hasrat 229 tahanan lain untuk melintas lebuh raya berkenaan lalu menyusuri laluan sepanjang lebuh raya itu.

”Orang ramai yang melihat kelibat mereka telah menghubungi polis dan tangkapan dibuat di sini,” katanya.

Terdahulu, Mohd Shuhaily berkata, jumlah tahanan yang melarikan diri ialah 528 daripada 663 tahanan Rohingya yang ditempatkan di situ.

Pada masa ini, polis sedang mengesan 205 lagi tahanan Rohingya dan operasi buruan ini memerlukan sumber tenaga yang besar.

“Alhamdulillah, kita mendapat bantuan daripada sekumpulan anak muda, orang kampung yang telah menahan 88 orang tahanan ini,” tambahnya.

Katanya, kes ini akan disiasat oleh Polis Kontinjen Kedah. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.