Ralf Rangnick. Foto: AP/Rui Vieira.

LONDON – Pengendali sementara, Ralf Rangnick memberikan amaran kepada Manchester United bahawa mereka harus menjadikan kekalahan memalukan 0-4 di Anfield awal pagi tadi sebagai asas kepada pembinaan semula kelab itu.

Dia secara terbuka mencadangkan United memerlukan sehingga 10 orang pemain baharu selepas kekalahan memalukan di Anfield.

“Ianya memalukan, ianya mengecewakan, mungkin juga aib,” katanya pada sidang media selepas

Rangnick juga berkata,  Liverpool kini enam tahun berada di hadapan mereka pada ketika ini.

Dia tanpa berselindung mengakui bahawa pasukannya adalah kedua terbaik di kesemua bahagian dalam perlawanan ini berbanding Liverpool.

The Reds membelasah Manchester United 4-0 di Anfield.

Menerusi dua gol oleh Mohamed Salah ditambah oleh satu gol masing masing daripada Sadio Mane dan Luis Diaz membuatkan United mendapat kekalahan kesembilan mereka dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

Rangnick kemudian menegaskan dia terasa tidak sanggup untuk berada di sidang media bersama wartawan kerana terlalu malu.

Pakar Sky Sports, Roy Keane berkata, kekurangan semangat daripada United tidak mengejutkan apabila tiga daripada skuad hari perlawanan iaitu Paul Pogba, Jesse Lingard dan Nemanja Matic – akan tamat kontrak pada akhir musim dan yang lain dijangka akan pergi.

Matic sudah mengesahkan dia tidak akan kekal manakal Lingard dan Pogba terus berteka teki dengan masa depan mereka. – MalaysiaGazette

https://www.bbc.com/sport/football/61154059