Datuk Mohd Yusri Hassan Basri

KUANTAN – Seorang pelajar sekolah menengah di Raub merupakan antara 384 individu yang ditahan dalam Op Tapis yang dilakukan selama tiga hari di seluruh pahang yang berakhir semalam.

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pelajar tingkatan lima berusia 16 tahun itu itahan kerana didapati positif dadah jenis Tetra Hydrocannibol (THC).

Datuk Mohd Yusri Hassan Basri (tengah) menunjukkan hasil barang rampasan dan sitaan yang Op Tapis yang dijalankan di Pahang

Menurut beliau, daripada jumlah yang ditahan itu, 375 orang merupakan pesalah narkotik lelaki.

“Seramai 321 daripada jumlah keseluruhan suspek ditahan akibat pelbagai kesalahan berkaitan dadah dan seramai 56 orang pengedar atau tokan dadah dan 14 lagi orang dikehendaki berjaya ditangkap.

“Manakala 56 penagih tegar atau penagih berulang akan diambil tindakan di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pahang hari ini.

Menurut Mohd Yusri, dalam operasi tersebut pihaknya melakukan rampasan berjumlah RM262,856 termasuk rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM42,462.

“Manakala nilai sitaan wang tunai, barang kemas dan kenderaan berjumlah RM220,394 telah ditemui dalam operasi tersebut, ujarnya. – MalaysiaGazette