Robert Lewandowski. Foto Yahoo Sport UK.

JERMAN – Bayern Munich menepati ramalan apabila mengesahkan kejuaraan Liga Jerman atau Bundesliga mereka sekali lagi yang menjadikan kelab iu sebagai pasukan ke-19 dalam sejarah yang menjuarai liga sebanyak 10 kali berturut turut.

Bayern menjadi pasukan dari liga utama Eropah yang pertama melakukannya selepas mengenepikan  menewaskan pasukan di tempat kedua, Borussia Dortmund dalam aksi Der Klassiker dengan kemenangan 3-1.

Tiga gol Bayern dihasilkan Serge Gnabry, Robert Lewandowski dan Musiala.

Sementara gol saguhati Dortmund adalah menerusi penalti Emre Can.

Kejayaan itu juga merupakan kejuaraan pertama Julian Nagelsmann sebagai pengurus pada musim pertamanya bersama dengan Bayern Munich.

Ia mengubat kelukaan Bayern yang sebelum ini tersingkir dari Liga Juara Juara Eropah.

Pasukan terakhir yang menganggu dominasi melampau Bayern di Bundesliga adalah Borussia Dortmund yang ketika itu dibimbing oleh pengurus Liverpool sekarang, Jurgen Klopp.

Sementara itu legenda hidup kelab mereka, Thomas Muller menjadi pemain pertama yang memenangi 11 kejuaraan Bundesliga.

Secara keseluruhannya, Bayern sudah memenagi 32 kejuaraan Bundesliga di dalam sejarah kelab mereka. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast