petugas kesihatan
Seorang petugas kesihatan melakukan ujian saringan Covid-19 - Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kes harian Covid-19 terus menyusut apabila sebanyak 5,624 jangkitan direkodkan semalam.

Angka tersebut merupakan yang terendah sejak berlakunya peningkatan kes pada Febuari lalu dan menjadikan jumlah kumulatif jangkitan berkenaan adalah sebanyak 4,427,067.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor sehingga kini mencatatkan jumlah jangkitan yang tertinggi iaitu 3,583.

Ia diikuti dengan Kuala Lumpur (565); Perak (312);Negeri Sembilan (265); Pulau Pinang (169); Sarawak (134); Johor (129).

Melaka (95); Kedah (94); Putrajaya (82); Pahang (75); Sabah (65); Kelantan (23); Terengganu (21); Labuan (9) dan Perlis (3),” katanya menerusi kenyataan.

Tambah Dr. Noor Hisham, pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) juga turut menyusut kepada 89 kes manakala sembilan kes kematian diakibatkan jangkitan virus berkenaan.

“Dua daripada kematian Covid-19 di luar fasiliti kesihatan,” tambahnya.

Sementara itu, kes sembuh terus mengatasi bilangan jangkitan harian iaitu 10,041.- MalaysiaGazette