Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berswafoto dengan sebahagian pengamal media pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Media di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 24 APRIL 2022.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meraikan pengamal media termasuk ketua pengarang dan editor pada majlis berbuka puasa di kediaman rasmi beliau di Seri Perdana di sini malam ini.

Majlis itu dihadiri kira-kira 700 tetamu daripada pelbagai agensi media antaranya Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Radio Televisyen Malaysia (RTM), Media Prima, New Straits Times Press, The Star, Sin Chew Daily, Kwong Wah Yit Poh Press dan MalaysiaGazette.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Gazette, Noraini Abd Razak bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Media di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 24 APRIL 2022.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran 95 jemputan Pejabat Perdana Menteri daripada Yayasan Keluarga Malaysia serta rumah anak yatim dan asnaf Raudhatul Al-Faeez.

Ismail Sabri kemudian menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih secara berjemaah. – MalaysiaGazette