MGNews: JPJ Beku Cuti 2,200 Pegawai Dan Anggota Penguatkuasa

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membekukan cuti 2,200 pegawai dan anggota penguatkuasa bermula 29 April hingga 8 Mei ini bagi memastikan Operasi Hari Raya Aidilfitri (Op HRA) berjalan lancar.

Pengarah Bahagian Penguatkuasa JPJ Datuk Lokman Jamaan berkata ia dibuat bagi mencapai objektif utama iaitu memastikan persekitaran jalan raya selamat serta menurunkan kadar kemalangan pada musim perayaan kali ini.