Ali Hamsa funeral Ismail Sabri Yaakob final respect condolences
Prime Minister, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob consoling Puan Sri Rohani Abdullah, the widow of former Chief Secretary to the Government (KSN), Allahyarham Tan Sri Dr. Ali Hamsa, as Ismail pays his final respect before he was laid to rest today. PIX: MUHD NA'IM / MalaysiaGazette / 25 APRIL 2022. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menenangkan balu, Puan Sri Rohani Abdullah semasa hadir memberi penghormatan terakhir ketika menziarahi jenazah bekas Ketua Setiausaha Negara, Allahyarham Tan Sri Dr. Ali Hamsa sebelum dekebumikan hari ini di Presint 10, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 25 APRIL 2022.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberikan penghormatan terakhir kepada bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Allahyarham Tan Sri Dr Ali Hamsa di kediaman arwah di Presint 10, di sini, pagi ini.

Terdahulu Perdana Menteri yang menaiki kereta jenis Audi berwarna hitam diiringi motosikal polis pengiring tiba di luar pekarangan kediaman Allahyarham kira-kira jam 9.42 pagi tadi.

Turut kelihatan menyambut ketibaan Perdana Menteri ialah Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali yang tiba lebih awal kira-kira 9.31 pagi tadi.

Bagaimana Perdana Menteri kelihatan meninggalkan kediaman Allahyarham kira-kira jam 10.09 pagi tanpa bertemu petugas media untuk memberikan sebarang kenyataan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir memberi penghormatan terakhir ketika menziarahi jenazah bekas Ketua Setiausaha Negara, Allahyarham Tan Sri Dr. Ali Hamsa sebelum dekebumikan hari ini di Presint 10, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 25 APRIL 2022.

Terdahulu Allahyarham Ali, 66, yang diterbangkan dari Ireland, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Presint 3, di sini, untuk penghormatan terakhir di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni bermula jam 11 pagi hingga 1 tengah hari ini.

Balu, Puan Sri Rohani Abdullah bersama ahli keluarga serta tetamu yang lain mengaminkan doa terhadap jenazah bekas Ketua Setiausaha Negara, Allahyarham Tan Sri Dr. Ali Hamsa sebelum dekebumikan hari ini di Presint 10, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 25 APRIL 2022.

Jenazah akan disembahyangkan selepas solat zohor di Dewan Solat Utama, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Kemudian Allahyarham juga akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Presint 20 untuk proses pengebumian, kira-kira jam 1.30 tengah hari ini.

Allahyarham yang berkhidmat sebagai KSN selama enam tahun bermula 2012, meninggal dunia di Hospital Dublin, Ireland, Khamis lalu. – MalaysiaGazette