Rohingya merchants arrest Some of the illegal immigrants (PATI) arrested during an enforcement operation at the Selayang Daily Market and Kuala Lumpur Wholesale Market. PIX: AMIRUL SHAUFIQ / MalaysiaGazette / 28 APRIL 2022.
Some of the illegal immigrants (PATI) arrested during an enforcement operation at the Selayang Daily Market and Kuala Lumpur Wholesale Market. PIX: AMIRUL SHAUFIQ / MalaysiaGazette / 28 APRIL 2022. Sebahagian pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berjaya ditahan anggota Jabatan Imigresen dalam satu operasi penguatkuasaan di Pasar Borong Harian Selayang, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 28 APRIL 2022.

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 248 warga asing dalam Operasi Penguatkuasaan Imigresen di Pasar Harian Selayang dan Pasar Borong Kuala Lumpur di sini awal pagi tadi.

Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, warga asing itu khususnya Rohingya sedang berniaga di tepi jalan di dua pasar borong terbabit ketika ditahan selepas pihaknya menerima aduan daripada orang ramai.

Sebahagian pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berjaya ditahan anggota Jabatan Imigresen dalam satu operasi penguatkuasaan di Pasar Borong Harian Selayang, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 28 APRIL 2022.

Katanya, dari jumlah warga asing yang diperiksa, seramai 139 orang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri membabitkan warganegara Pakistan, India, Myanmar, Indonesia dan Bangladesh.

“Dari jumlah ini, seramai 109 orang adalah pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), 106 pula adalah Napedia dan tiga lagi warganegara Pakistan.

“Hasil daripada operasi ini, seramai 248 orang warga asing telah ditahan untuk pemeriksaan lanjut, di mana seramai 205 adalah lelaki dan 43 perempuan,” katanya pada sidang media hari ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud bercakap kepada media selepas mengadakan satu operasi menahan pendatang tanpa izin (PATI) di Pasar Borong Harian Selayang, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 28 APRIL 2022.

Operasi dijalankan pada pukul 8 pagi tadi membabitkan 109 anggota Imigresen Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor, serta dibantu agensi penguatkuasa lain membabitkan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Khairul Dzaimee menambah, pihaknya sering kali menerima aduan dan rungutan daripada rakyat tempatan mengenai kehadiran etnik Rohingya yang berniaga di tepi jalan dan pasar borong terbabit.

“Kehadiran mereka ini telah menjejaskan kepentingan peniaga-peniaga kerana mereka berniaga tidak perlu membayar sewa tapak.

“Harga sayur dan barang-barang pasar yang mereka jual pula lebih murah daripada peniaga tempatan di dalam pasar,” katanya.

Beliau mendedahkan, etnik Rohingya mampu menjual sayur dan barang mentah lain pada harga jauh lebih murah kerana mereka memperolehnya daripada bahan-bahan yang telah dibuang oleh peniaga-peniaga utama.

“Mereka proses sebelum jual semula, perkara ini bukan baharu malah seringkali ditimbulkan oleh Imigresen,” katanya.

Bagi mengelak daripada ditahan pegawai Imigresen, ada di antara mereka melarikan diri malah dengan serta-merta menyamar sebagai pelanggan sambil berjalan untuk membeli barangan keperluan.

Sebahagian pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berjaya ditahan anggota Jabatan Imigresen dalam satu operasi penguatkuasaan di Pasar Borong Harian Selayang, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 28 APRIL 2022.

“Jadi modus operandi mereka ini sebenarnya telah pun lama dikesan oleh Imigresen.

“Malah operasi hari ini bukan operasi pertama kali diadakan, dua kawasan ini diletakkan sebagai kawasan panas oleh pihak JIM di mana kehadiran secara omni present dan operasi secara berkala oleh pihak DBKL kerap kali dijalankan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette