Gambar Hiasan. Foto: Facebook

KIEV – Tentera Rusia telah menempatkan unit ikan lumba-lumba terlatihnya di Laut Hitam sebagai sebahagian daripada peperangan di Ukraine, seperti yang dipaprkan imej satelit Institut Tentera Laut Amerika Syarikat (USNI).

Imej tersebut menunjukkan dua buah sangkar berasingan berada berhampiran dengan laluan masuk ke pengkalan tentera laut Rusia di Sevastopol, Crimea.

Tidak diketahui berapa banyak ikan lumba-lumba dalam satu unit atau tugas diberikan kepada haiwan itu, lapor UPI.

Rusia mempunyai sejarah melatih haiwan itu untuk melakukan tugas-tugas ketenteraan.

Semasa perang Dingin, Kesatuan Soviet melatih ikan lumba-lumba di Teluk Cossack untuk mengesan periuk api dan membawa bahan letupan yang boleh memtup apabila bersentuh dengan kapal musuh.

Pelatih Kesatuan Soviet mendakwa haiwan mereka boleh membezakan antrara bunyi kapal selam musuh dengan kapal selamnya.

Kejatuhan Kesatuan Soviet pada 1991, oceanarium di Sevastopol diletakkan di bawah bidang kuasa Ukraine dan bilangan haiwan marin jatuh mendadak.

Ketika itu, haiwan tersebut termasuk paus beluga dan singa laut serta ikan lumba-lumba terdapat di oceanarium tersebut.

Pada 2000, para pegawai Crimea menjual 27 ekor ikan lumba-lumba, paus Beluga dan singa laut kepada Iran.

Satu laporan menyatakan program tersebut terlalu mahal untuk diteruskan tetapi haiwan-haiwan tersebut telah ‘dilatih untuk membunuh penyelam daripada pihak musuh dan meletupkan kapal.

Bagaimanapun mereka dipindahkan ke pengkalan Itran yang tidak didedahkan di Teluk Parsi, Ukraine terus menutup program itu.

Berikutan penaklukan Crimea oleh Rusia pada 2014, pengkalan itu sekali lagi dikuasai tentera laut Rusia, termasuk unit ikan lumba-lumba.

Ketika itu, tentera laut berkata, haiwan tersebut akan ‘dikekalkan dan diubah hala kepada kepentingan tentera laut Rusia’.

Pada Julai 2014, Ukraine meminta ikan lumba-lumba itu dikembalikan kepada negara tersebut. Pihak berkuasa berkata, mereka mempunyai akuarium di mana ikan lumba-lumba berkenaan boleh hidup pada musim panas sehingga kediaman tetap baharu ditemui.

Rusia membalasnya dengan berkata, ia tidak akan memulangkan unit mamalia laut elit itu.

Malah Rusia memberitahu, ia akan melatih haiwan itu untuk mencari peralatan tentera yang tenggelam dan mengesan penyelam dari pihak musuh, sebuah program yang tidak mampu dtanggung Ukraine daripada aspek kewangan.

“Para jurutera sedang membangunkan teknologi akuarium baharu untuk program baharu untuk menjadi lebih efektif menggunakan ikan lumba-lumba,” kata sumber tentera Rusia kepada RIA Novosti ketika itu.

“Kepakaran kami membangunkan peralatan baharu bagi menukar ikan lumba-lumba mengesan sasaran sonar kepada isyarat kepada operator monitor operator. Tentera laut Ukraine kekurangan dana untuk teknologi ini dan sesetengah projek dihentikan,”.

Pada Mac 2016, tentera Rusia membeli lima ikan lumba-lumba untuk tujuan ketenteraan dengan tawaran tenders sebanyak AS$25,000.

Dalam amsa sama, sumber tentera membayangkan oceanium di Sevastopol menerima lebih ramai tenaga kerja, termasuk pemindahan unit tentera tentera dari Moscow yang menunjukkan Rusia sekali lagi mempertingkatkan program latihan haiwan mamalia itu.

Negara itu mempunyai program yang sama di Artik dengan menggunakan paus beluga dan anjing laut berbanding ikan lumba lumba di Laut Hitam.

Pada 2019, seekor paus beluga yang lengkap dengan abah-abah Rusia serta kamera timbul di pesisir pantai Norway. Agensi perisik Norway membuart kesimpulan paus tersebut mungkin sebahagian daripada progranm penyelidikan Rusia.

Hanya Amerika Syarikat (AS) diketahui menggunakan ikan lumba-lumba untuk tujuan ketenteraan. – Agensi

(https://www.upi.com/Top_News/World-News/2022/04/28/deploys-miltary-dolphin-units-black-sea/5711651184114/)