Home Nasional Mayat lelaki ditemui berhampiran bazar Ramadan

Mayat lelaki ditemui berhampiran bazar Ramadan

KUANTAN – Mayat seorang lelaki ditemui di kawasan bazar Ramadan menggemparkan peniaga di Bazar Ramadan di Stadium Darul Makmur dekat sini hari ini.

Mayat lelaki berkulit gelap itu ditemui bersebelahan kawasan tandas awam oleh salah seorang peniaga bazar.

Peniaga terbabit, Norul Hajar Mohamad, 39, berkata, lelaki berkenaan ditemui terbaring di atas padang Majlis Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 1 kira-kira pukul 3 petang tadi.

Hajar kemudiannya merenjis air untuk direnjiskan kepada lelaki berkenaan yang disangkanya hanya pengsan pada awalnya.

“Selang bebarapa minit datang seorang lelaki India datang melihat keadaan mangsa namun dimaklumkan jasadnya sudah keras.

“Saya bukan orang sini, jadi terus hubungi ambulans dahulu kemudian pihak polis tiba 14 minit kemudian,” katanya.

Tinjauan MalaysiaGazette di lokasi kejadian mendapati pihak polis berada ditempat kejadian dan mayat akan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan menggunakan trak polis. – MalaysiaGazette